BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 19, 2010

Bila rasaku ini rasamu.........

Bila Rasaku ini Rasamu - Kerispatih

aku memang terlanjur mencintaimu
dan tak pernah ku sesali itu
seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku
ku mohon jangan jadikan seperti
alasan kau menyakitiku
meski pun cintamu tak hanya untukku
tapi cobalah sejenak mengerti

reff:
bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi

aku memang terlanjur mencintaimu

bukan kamu yg menentukannya!

perasaan aku amat berkecamuk sejak kebelakangan ini. Umur meningkat? i have to agree with that. :-) anyway, susah juga mau cakap. klu cakap lebih-lebih nanti ada org kecil hati. klu ckp lebih2, ada org yg akan salah faham. Mereka yg tidak faham ni, kadang-kadang akan bertindak di luar fikiran mereka. Perasaan org lain tolak ke tepi. Tiada erti bagi mereka yg penting hati mereka bahagia.

so, untuk org2 yg mementingkan diri sendiri tu, good luck. mungkin mereka rasa itu yg terbaik untk mereka. Well, aku tidak mendoakan kesengsaraan hidup mereka dan tidak pula mendoakan kebahagiaan mereka. terpulanglah kepada Tuhan untuk menentukan nasib mereka. Buat jahat dibalas jahat, bukan begitu??

aku salah? maaf. aku mmg pernah menyakiti hati org lain sbb mereka menyakiti hati aku. sometimes, there is time that i reached my limit. sabar ada had, kesabaran ni bukan sesuatu yang dibuat2.

so, aku happy atau sedih, itu hak aku. bukan kamu yang menentukannya...............

Thursday, March 4, 2010

Betul-betul Durjana!!

Belum pun reda berita kematian yang menyayat hati Arwah adik Syafia Humairah, timbul lagi cerita penderaan kanak-kanak yang melibatkan kanak-kanak lelaki yang berumur 18 bulan.

Dikala jari-jemari saya mengetuk papan kekunci komputer riba menulis cerita ini, dada saya masih panas dan berdetak kencang. Seribu satu perasaan yang menyelubungi hati saya. terasa macam nak berteriak, "APA NAK JADI DENGAN MANUSIA SEKARANG!!!!"

kiranya ada hukuman yang lebih teruk dari hukuman mati, sayalah orang yang pertama berada dihadapan menyokong usul tersebut. serasa saya, ada baiknya org yang berperangai mengalahkan binatang ini dibunuh 100 kali. arrgggghhh!! ianya masih belum mencukupi!!

Thursday, February 25, 2010

Don't ask me why i like lilies!



I love lilies..especially white lily. Don't know why, i just love it very much. Maybe because i don't like roses so i choose lilies. heheh...possible jugak!

That's it!

Wednesday, February 17, 2010

Dugaan itu Indah

I love reading. Bagi aku, membaca bukanlah satu hobby tapi satu amalan hidup. Aku hairan bila ada insan2 yg tidak suka membaca tapi aku tidak salahkan mereka kerana ada di antara golongan yg "tidak minat" membaca ini lebih suka mendengar. And they're a good listener. Entahlah, itu hak masing-masing untuk menentukannya. Bagi aku, pembacaan tidak terhad kepada buku semata-mata. Pembacaan melalui paparan maya pun salah satu alternatif untuk aku meneroka. Dan aku merasakan, pembacaan jenis ini amat efektif dan berkesan.

Sebentar tadi, aku ada terbaca sepotong kata-kata hikmah daripada sebuah buku yg dihadiahkan oleh kawan baikku. Thanks Rina. (Pssstt..round ke-3 suda sy baca buku ni..heheh..). Buku tulisan Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni.

Kata-kata "bekalan" itu berbunyi:

Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan aku sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa mendatang. Untuk itu, mengapa aku harus menyesali masa lalu dan merasa cemas dengan masa mendatang???


Bila fikir balik, betul jugakan??? Biarlah Allah yang menentukan segalanya. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Bila kita rasa apa yang kita ada sekarang itu yang terbaik, bersyukurlah. Namun jika berlaku sebaliknya, redha dan yakin hikmah Allah sentiasa ada di sisi kita. Allah datangkan dugaan kerana DIA tahu kita mampu menghadapinya. Bersyukurlah kerana dugaan dari Allah itu satu nikmat dan itu tandanya DIA "ingat" pada kita :-)

Monday, February 8, 2010

tipu menipu

kadang-kadang aku terfikir, kenapa org harus menipu. they don't think what other will feel. Dunia ni kecil, pusing-pusing pun kita akan jumpa org yg sama. Rasa sakit yg teramat sakit bila tahu diri kita diperkotak-katik, macam kita ni tiada perasaan dan bodoh. Apa sangatlah utk beritahu kebenaran yg ada. Tiada manusia yang akan makan manusia. Saya amat pantang bila ditipu. Rasa mau menyumpah, memaki but i know my limits....Allah itu maha adil......

Tuesday, January 19, 2010

m.a.a.f

Sebentar tadi saya membeli senaskah majalah tempatan. Sangat jarang sekali untuk saya membeli majalah, apa jua jenis majalah. Saya rasakan ianya membazir. Dalam perjalanan pulang selepas mengambil pesanan gelang kristal, saya terpandang sebuah majalah. Antara tajuk yang dipaparkan di muka hadapan majalah tersebut adalah berbunyi "Jangan Tunggu Esok untuk Memaafkan". Well, utk pengeluar majalah tersebut, saya ucapkan tahniah kerana berjaya menghasilkan satu tajuk yang "catchy" dan mampu menarik perhatian orang yang "tidak minat" terhadap majalah.

Selepas membeli majalah tersebut, saya terus membelek helaian demi helaian dlm majalah tersebut. Saya baca satu persatu. Well, everybody has their own perception on how to forgive and to ask a forgiveness.

Pada saya, perkataan maaf itu merupakan satu perkataan yang paling suci. Reason?? because its involve other people or other living creatures. "MAAF" bagi saya, kita minta bila kita benar-benar perlukannya, dan bukan untuk suka-suka. Kita memohon maaf bukan hanya utk menyenangkan hati org yg kita memohon kemaafan tapi sekaligus kita berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan yang menyakitkan itu.

Saya pernah disakiti. dan sampai sekarang saya masih belum dapat memaafkan orang itu sepenuhnya. Ego?? oh tidak! Mungkin sebab kesalahan yang telah dia lakukan terlalu besar dan ianya melibatkan banyak hati. Saya harus berfikir secara rasional dan sememangnya keputusan saya tidak lari dari mengandungi 1% emosional atau lebih tapi tidak lebih dari 5%. Keras hati?? Juga tidak. Mungkin inilah saya. Dont blame me for being who i am.