BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 19, 2010

m.a.a.f

Sebentar tadi saya membeli senaskah majalah tempatan. Sangat jarang sekali untuk saya membeli majalah, apa jua jenis majalah. Saya rasakan ianya membazir. Dalam perjalanan pulang selepas mengambil pesanan gelang kristal, saya terpandang sebuah majalah. Antara tajuk yang dipaparkan di muka hadapan majalah tersebut adalah berbunyi "Jangan Tunggu Esok untuk Memaafkan". Well, utk pengeluar majalah tersebut, saya ucapkan tahniah kerana berjaya menghasilkan satu tajuk yang "catchy" dan mampu menarik perhatian orang yang "tidak minat" terhadap majalah.

Selepas membeli majalah tersebut, saya terus membelek helaian demi helaian dlm majalah tersebut. Saya baca satu persatu. Well, everybody has their own perception on how to forgive and to ask a forgiveness.

Pada saya, perkataan maaf itu merupakan satu perkataan yang paling suci. Reason?? because its involve other people or other living creatures. "MAAF" bagi saya, kita minta bila kita benar-benar perlukannya, dan bukan untuk suka-suka. Kita memohon maaf bukan hanya utk menyenangkan hati org yg kita memohon kemaafan tapi sekaligus kita berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan yang menyakitkan itu.

Saya pernah disakiti. dan sampai sekarang saya masih belum dapat memaafkan orang itu sepenuhnya. Ego?? oh tidak! Mungkin sebab kesalahan yang telah dia lakukan terlalu besar dan ianya melibatkan banyak hati. Saya harus berfikir secara rasional dan sememangnya keputusan saya tidak lari dari mengandungi 1% emosional atau lebih tapi tidak lebih dari 5%. Keras hati?? Juga tidak. Mungkin inilah saya. Dont blame me for being who i am.