BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 13, 2012

Bila Allah datangkan dugaan pada kita..

Salam Jumaat :) 13 April 2012 - Ada sesetengah manusia yang terlalu "superstitious" mengatakan bermacam-macam perkara yang tidak baik akan berlaku pada Friday the 13. Ini kerana berdasarkan kejadian-kejadian yang telah berlaku pada masa-masa yang lalu...Wallahualam...mungkin kebetulan berlaku pada tarikh Friday the 13. I'm not well actually...been up all night. Can't sleep. mengantuk tapi tidak dapat tidur. banyak yang bermain dalam fikiran. masa depan..masa lampau...semua pun berkaitan. My son is sick, muntah2, sakit perut. Entahlah...bila smua benda ni dtg sekali, kadang2 aku pun tidak tahu how to react. aku macam ada rasa panik. tengkuk rasa seram sejuk...rasa mual...rasa lapar...perasaan bercampur baur. Bila Allah datangkan dugaan sekaligus mcm ni...kita terpaksa terima. hadapi dgn tenang dan matang. jangan biarkan syaitan menguasai fikiran kita. Mengucap banyak-banyak...jangan pedulikan bisikan-bisikan godaan syaitan yang menghasut kita melakukan perkara-perkara yang jahil dan berdosa...Syukur alhamdulillah...aku masih di landasan yang betul. cuba membimbing diri sendiri, cekalkan hati. Walaupun hati dan akal merasa penat, aku teruskan juga....aku yakin, ada petunjuknya....amin...

Monday, April 9, 2012

Al-Fatihah....

Salam semua...

Kehilangan dua orang pelajar kami baru-baru ini amat meninggalkan kesan dalam hati kami semua. Hati saya meruntun penuh kesedihan bila mendapat tahu, mereka yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut adalah pelajar-pelajar yang amat baik, tinggi budi pekerti dan menghormati orang lain. Tambahan lagi, hanya tinggal selangkah lagi untuk mereka menghabiskan pengajian Ijazah mereka. Ajal dan maut di tangan Allah...tiada siapa yang dapat mengelak dari ketentuan Allah yang maha berkuasa. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Eddy dan Jennifer..Al-Fatihah.....