Bilaku tercipta dari tulang rusukmu
Mengapa kumampu sempurnakan hidupmu
Bilaku ada kerna kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri sahaja
Dalam teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian Cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman
Batasku sedari raut kudrat
Asaku menari terbalut serbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada
Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senada iman kusimpan derita
Kuatkan hati bersimpuh padaNya
Wednesday, October 21, 2009
Batas Asaku
Posted by Izah Ize' at 1:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment