Bila saya jadi separuh daripada kamu
Suara saya jauh berbatu-batu
Keputusan saya menjadi kaku
Akal saya semakin bercelaru…
Bila saya jadi separuh daripada kamu
Kata-kata saya menjadi beku
Setiap kesalahan, saya terpaksa mengaku
Seakan-akan saya yang selalu melulu
Tinggal tepi segala laku
Bila saya jadi separuh daripada kamu
Bahagia itu saya tak tahu
Mungkin itu andaian saya untuk usir segala keliru
Bila saya jadi separuh daripada kamu
Meja bulat jadi persegi seribu
Kata mereka, kamu buat tak tahu
Kata sendiri tetapi utuh
Itulah kamu…………………………………………
Thursday, July 14, 2011
Bila saya jadi separuh dari kamu.....
Posted by Izah Ize' at 4:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment